Selepas dihentam dan menerima pelbagai kecaman di laman sosial susualan tindakannya memuat naik klip video tariannya di aplikasi TikTok dalam keadaan dirinya dimekap menjadi hitam dalam drama Dayang Senandung, pelakon dan penyanyi Wani Kayrie kini akui fobia.
Menurutnya, beliau terpaksa menetapkan akaun TikTok dan Instagram miliknya kepada ‘privasi’ kerana enggan mengeruhkan keadaan.
“Saya buat begitu bukan kerana takut dikecam teruk, tapi saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya sudah mohon maaf dan enggan panjangkan isu ini.”
Tambah Wani, pihaknya dan syarikat pengurusan, Suria Records (SRC) dalam perancangan untuk bertemu dengan pengurusan TikTok Malaysia bagi menjelaskan situasi sebanar berkenaan kes yang tular itu.
Katanya, beliau mahu berbuat demikian kerana mahu segala perkara diselesaikan dengan baik dan aman, malah tidak mahu menyakiti mana-mana pihak.
Terdahulu, lebih 3,000 pengguna menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bagi mendesak penggambaran drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production Sdn Bhd dihentikan serta-merta atas dakwaan mendiskriminasi warna kulit.
Wani dihentam teruk oleh netizen kerana dikhabarkan tidak sensitif dengan kes pembunuhan lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai George Floyd, ketika ditahan polis di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), beberapa bulan lalu.
Sumber: Harian Metro