Baru-baru ini, seorang penumpang LRT berkongsi pengalaman kurang menyenangkan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja apabila menaiki gerabak tren yang dipenuhi bau tidak menyenangkan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafeeziraziqin, beliau mencadangkan agar pihak LRT mengekalkan penggunaan pewangi jenama pelembut dan pewangi fabrik, Softlan, di dalam gerabak tren bagi memberikan pengalaman yang lebih menyegarkan kepada para pengguna.
Ya Allah, memang patut kekalkan Softlan dalam LRT ni sebab sumpah wangi dan tenggelam semua bau-bau ketiak dan bau bawang orang lain.
Video berkenaan telah tular dan mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka turut menyuarakan harapan agar setiap gerabak tren dilengkapi dengan pewangi bagi meningkatkan keselesaan penumpang.
Malah, terdapat juga penumpang yang mencadangkan agar sistem MRT di Singapura turut mengambil inisiatif sama dengan meletakkan pewangi di dalam tren mereka.
@hafeeziraziqin
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.