Wang Tunai RM100,000 Ditemui Di Kediaman Pegawai Polis, Disyaki Terlibat Dalam Sindiket ‘Cuci Duit’ & Macau Scam

Trending

Wang Tunai RM100,000 Ditemui Di Kediaman Pegawai Polis, Disyaki Terlibat Dalam Sindiket ‘Cuci Duit’ & Macau Scam

Seramai lima orang anggota polis yang terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis kini telah ditahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia susulan wang bernilai RM100,000 ditemui di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan.

Advertisement

Menurut laporan Bernama, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selaku Timbalan Ketua Polis Negara, penahanan mereka adalah bertujuan untuk membantu siasatan berhubung sindiket ‘cuci duit’ yang dikaitkan dengan perniagaan golongan artis tempatan.

Dedah pihaknya, kes tersebut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya, sindiket ‘cuci duit’ memaklumkan, perkara ini mempunyai kaitan dengan penipuan Macau Scam.

Tidak lupa juga, mereka yang terlibat ini khabarnya turut disyaki menggunakan taktik kotor dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan bagi memerangkap artis tempatan.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...