Seorang pesara dari Muar, Johor dan isterinya berputih mata selepas wang simpanan mereka berjumlah RM80,000 hangus begitu sahaja kerana ditipu pakej haji.
Kata Mokhtar, 60, dia dan isteri tertarik dengan pakej haji furada lima tahun lalu yang ditawarkan pada harga RM40,000 seorang dengan kemudahan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram.
Ujarnya, dia sudah pun meneliti pakej haji daripada agensi lain sebelum memilih pakej tersebut dan mendapati kebanyakannya melebihi RM50,000.
Memang terdetik juga di hati perasaan was-was berhubung harga pakej yang lebih murah itu. Namun kerana tidak mahu menunggu lama kami memilih juga pakej itu.
Selepas melunaskan semua bayaran, kami mula bertanyakan soal visa namun mereka meyakinkan bahawa semuanya sedang diproses.
Tambahnya, dia dan isteri hanya diberitahu visa mereka berdepan masalah seminggu sebelum tarikh berangkat dan pihak agensi memaklumkan tidak dapati menyediakan visa furada seperti dijanjikan.
Lebih menyedihkan, Mokhtar cuba mendapatkan penjelasan namun agensi terbabit melarikan diri serta tidak dapat dihubungi.
Akibatnya, Mokhtar bukan sahaja kecewa tidak dapat menunaikan haji bersama isteri tetapi simpanan mereka juga turut habis.
Difahamkan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah bersama 20 mangsa lain dan agensi tersebut sudah diperintahkan untuk membayar balik namun kes itu masih tergantung.
Wang yang hangus itu bukan sikit, ia hasil kami suami isteri berjimat cermat menabung selama lebih 10 tahun. Diharapkan pengalaman kami ditipu pakej haji ini dapat membuka mata masyarakat supaya jangan terpedaya dengan agensi (bukan Pengelola Jemaah Haji) yang menjanjikan visa furada atau mujamalah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.