Wang Kripto (Bitcoin) Mungkin Diharamkan Di Malaysia

Trending

Wang Kripto (Bitcoin) Mungkin Diharamkan Di Malaysia

Penjualan semua wang kripto berkemungkinan dilarang di Malaysia, dan Bank Negara Malaysia akan membuat keputusan mengenai larangan itu akhir tahun ini.

Advertisement

“Tindakan ini (larangan jualan) akan kita putuskan akhir tahun ini,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika ditanya sama ada Malaysia juga akan mengharamkan penjualnya, seperti China.

Selain China, Korea Selatan juga mengumumkan larangan penawaran syiling permulaan, kaedah bagi syarikat pemula niaga mengumpul dana permulaan mata wang kripto.

Garis panduan yang ditetapkan oleh BNM pada akhir tahun ini dijangkakan menetapkan pendekatan negara terhadap mata wang kripto, katanya selepas pelancaran Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan di sini hari ini.

Namun, jika keputusan membenarkan penggunaannya, garis panduan akan menetapkan kaedah menangani isu ini, dari segi mendaftar peserta, ‘mengumpul data serta memastikan semua (aktiviti) yang mereka lakukan akan dibuat secara (telus)’.

“Tunggulah, sekarang baru Oktober, dalam tempoh kurang dari tiga bulan, kami akan memberikan butirannya,” katanya ketika terus diminta mengulas mengenainya.

Muhammad berkata garis panduan itu juga akan menangani risiko yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia.

– BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...