Written by Irsa | October 15th, 2019

Siapa yang tak kenal dengan pelakon genit iaitu Wan Sharmila yang masih kelihatan muda walaupun sudah menginjak usia 38 tahun. Sudah hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni, nampaknya wanita ini masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan.

Seperti yang semua ketahui, Wan Sharmila sudah sekian lama tampil dengan imej wanita ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ramai yang perasan kesemua gambar yang dimuat naik ke laman Instagramnya menunjukkan dia sudah memakai hijab litup.

 

View this post on Instagram

 

Besf food evah! . . . A million feelings. A thousand thoughts. A hundred memories. One person. . . #osaka

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Jadi, rata-rata peminat dan juga netizen berteka-teki sama ada pelakon wanita ini telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengubah imejnya agar tampil lebih muslimah.

Wan Sharmila kini sedang menenangkan dirinya dengan bercuti di Jepun. Kesemua gambar yang diambilnya ketika di sana juga jelas menunjukkan bahawa dia berhijab penuh.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada tuan punya badan sendiri. Ramai peminat yang memuji penampilan terbarunya itu dan berharap agar dia kekal istiqamah sekiranya dia benar-benar sudah berhijrah.

Sumber: Instagram

4 responses to Wan Sharmila Sudah Tampil Berhijab?

  1. Akak kanTin says:

    Kalau betol alhamdulilah..semoga terus istiqomah..Kalau tak..maybe dia duta Salam Jepun..Kalau MiraFilzah Salam Taiwan…

  2. anon nona says:

    klu betul dah berhijab, baguslah.. semakin ramai artis yg membuka semula tudung, semakin ramai juga artis yg lain, yg Allah jentik hatinya utk mulakan penghijrahan dr tidak bertudung kpd bertudung.. seriuss nih.., wan sharmila nampak lebih muda & comel bila bertudung. moga kekal dlm kebaikan.. aamiin

  3. Lala says:

    Comel.. jenis muka tak dimamah usia.. moga Allah pahalakan usaha dan keikhlasan

  4. korok says:

    dia ni janda yg x byk gosip & kira pandai la jaga diri…ok lawa apa ko berhijab

Tinggalkan Komen Anda Di Sini