Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

Hiburan

Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

Menyatakan dirinya berasa kasihan melihat nasib perempuan yang kantoi selepas hadir sebagai orang ketiga dalam sebuah rumah tangga, pelakon Wan Sharmila mengakui bersimpati kepada insan yang dipersalahkan biarpun tidak tahu akan cerita sebenar.

Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

Advertisement

Tambah Sharmila atau lebih mesra disapa Lala, beliau dikhabarkan kesian dengan kaum hawa apabila berdepan dengan isu merampas.

“Kenapa yang disalahkan adalah orang ketiga? Kita tak tahu hujung pangkal. Apa yang saya nampak lelaki itu selamat macam dia tak buat apa-apa. Padahal mereka bercinta bersama-sama.”

Tambah Lala, beliau turut menyifatkan lelaki seorang yang tidak bertanggungjawab kerana melepas tangan dalam kemelut itu.

Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

“Saya ada baca dia (suami) minta maaf pada isteri dan keluarga tapi tak minta maaf pun dekat perempuan tu. Kesian perempuan tu kena hadap sorang. Tak kisah la perempuan tu salah haritu sebab berkawan dengan suami orang.”

Ujarnya lagi, andai seseorang itu mempunya niat untuk berkahwin lebih daripada satu, wajar untuknya melakukan dengan cara baik.

Wan Sharmila Kesian Dengan Nasib Wanita Sebagai Orang Ketiga

“Masa berbaik siap beli barang semua. Lelaki macam tu kira tak bertanggungjawab la. Kalau betul dia nak berkahwin lebih pada satu, buat dengan cara baik. Dia mampu tapi hujung-hujung terus ditinggalkan,”

Terdahulu, Lala pernah berkahwin dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi Radius One iaitu Fazli Baharom pada 2007 namun difahamkan berpisah dua tahun kemudian. Pasangan itu dilaporkan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober 2009.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...