Apa khabar anda hari ini? Esok adalah cuti umum jadi pastinya hari ini ramai yang mengambil cuti untuk mendapatkan hujung minggu yang lebih panjang. Sabtu Ahad Isnin dan Selasa. Memang sesuai sangat untuk membawa keluarga berjalan-jalan. Agaknya itulah yang dilakukan oleh Ashraf Muslim bersama isteri-isteri dan anaknya apabila mereka berkongsi gambar menikmati keindahan bandar Melaka. Seronok Abang Nara tengok ‘one happy family’ ini naik beca beramai-ramai. Meriah!!!
Selain itu gambar Ashraf Muslim, Wan Sakinah, Dayana dan anak mereka memegang kek bersama-sama sempena hari jadi pelakon tersebut adalah sangat indah untuk ditatapi. Paling comel si ‘baby’ yang turut sama memegang tangan kedua-dua ibunya. Cute sangat-sangat. Geram Abang Nara.
Selamat hari jadi diucapkan buat Ashraf Muslim. Semoga terus menjadi contoh yang baik kepada mereka di luar sana yang bercita-cita ingin berpoligami. Semoga keluarga anda terus bahagia seperti sekarang dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Sama-samalah kita doakan. Amin.