Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wan Nor Azlin Minta Ayahnya Tunjuk Sebab Mengapa Tidak Boleh Dipenjara

Macam-macam yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Anak mahu ayah dipenjara, ayah dera anak, suami pukul terajang isteri dan macam-macam lagilah. Memang pening kepala dibuatnya. Terbaru, Wan Nor Azlin, pelakon yang pernah popular dengan video terlarang satu ketika dahulu mahukan ayahnya tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipenjara.

wan nor azlin

Advertisement

Namun pasti ada sebab mengapa Wan Nor Azlin mengambil langkah sebegini. Kes yang bermula sejak tahun 2008 ini adalah kerana isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat. Rumah tersebut ingin dijual oleh ayah Wan Nor Azlin tetapi Wan Nor Azlin enggan mengosongkan rumah tersebut.

wan nor azlin

Semalam Wan Nor Azlin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam supaya memberikan alasan mengapa tidak boleh dipenjara. Secara jujur, agak sukar untuk Abang Nara fahami kronologi kes ini. Mungkin ada pihak pembaca yang mengikuti perkembangan bolehlah kongsikan perkara sebenar yang terjadi mengikut kefahaman anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama