Written by AbangNara | June 23rd, 2015

Tidak mahu membiarkan para peminat industri hiburan berteka-teki, Wan Maimunah telah tampil mengesahkan tentang desas-desus tentang penceraiannya dengan seorang usahawan makanan tradisi kacang pool di Johor, Makpol Saimon, 55. Wan Maimunah dan Makpol telah pun berkahwin pada hujung tahun 2013. Namun perkahwinan mereka telah pun berakhir sekitar bulan April tahun ini.
wan maimunah

Wan Maimunah yang berusia 62 tahun walaubagaimanapun enggan memberikan sebarang komen lanjut tentang penceraianya itu. Katanya:-

Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan. Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku

wan

Kesian la pula bila dah berusia sebegini tetapi perkahwinan tidak dapat dipertahankan sehingga ke akhir hayat. Sesungguhnya pasti ada hikmah di sebalik penceraian ini. Semoga Wan Maimunah tabah dengan cabaran dan dugaan ini. Sama-samalah kita doakan. Sumber Kosmo.wan

P.S: Cerita banyak tak guna, email je ke [email protected] untuk letupkan perniagaan anda Ramadhan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to Wan Maimunah Sahkan Dirinya Sudah Bercerai

  1. KATIJA HARUN says:

    SABAR YE KAK WAN DUGAAN DTG BERTUBI TUBI,KES RAGUT PON BELUM SETTLE LAGI.

    0

    0
  2. zizie says:

    ni kerana peragut yg meragut wan maimunah la ni..tlg la kembalikan rantai hantaran dia tu.

    0

    0
  3. nana says:

    sabar kak wan

    0

    0
  4. Peragut bersiri says:

    Ok okk aku pulangkan rantai kak wan. Aku dah cek rantai tu bukan ori.cina pajak gadai aiyoo ni zhulian punya rantai ma..

    0

    0
  5. Poppy says:

    Patutnya umo mcm Nek Wan ni dok rmh jaga cucu jer. Lepas ni tak yah nak berlaki bagai lagi. Layan anak2 & cucu lagi best Nek Wan..lagi terhibur. If sunyi sangat p balik berlakon. Nek Wan ni berlakon best gak.

    0

    0
    • N says:

      Jodoh,ajal & maut di tangan Allah.

      Ingat org tu berkahwin dgn niat nak bercerai berai ke?Pk dlu sebelum berkata2.Disebabkan dia selebriti so jadi la topik,padahal ramai je lagi yg hadapi situasi yg sama.

      Takde kat tempat dia mmg la senang laju je menaip kat sini ikut hati tu.

      0

      0
    • kimmidoll says:

      You’re so negative! shooo!
      Umur senja-senja lah perlu kan teman berbual.. bermanja..

      0

      0
  6. nurin says:

    Harap Kak Wan bersabar.. jodoh setakat itu sahaja.. siapa tak sedih hidup bercerai berai tetapi jika kita berpegang pada ajal, maut, jodoh dan rezeki di tangan Allah s.w.t, InsyaAllah.. kita akan temui jawapannya di akhir nanti.
    Sabar dan tabah lah…

    0

    0
  7. OTAK KORANG says:

    NAK MUNTAH…JELAK AKU ASYIK BACA KOMEN PASAL PERAGUT DLM IKLAN NI…NAMPAK MCM BATAK KAT SITU…SORRY TO SAY

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ramai org kata klu dah usia senja tumpukan pd ibadah dan keluarga saja tp org tak sedar yang berkahwin itu sunnah nabi tak kirala usia berapa. Bila usia begini, memng perlukan teman anak2 semua dh besar dah ade keluarga sniri. Emak dan ayah dok seniri jek.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    padahal mase tngk kat tv3 blk dr meniaga kak wan urut2 kaki bekas suami tu..nk pe lg la jantan tu..

    1

    0