‘Wallpaper’ Ini Mampu Membuatkan Telefon Mudah Alih Gagal Berfungsi

Teknologi

‘Wallpaper’ Ini Mampu Membuatkan Telefon Mudah Alih Gagal Berfungsi

Mungkin pada pandangan biasa gambar tasik dan pergunungan ini merupakan sekeping gambar pemandangan yang indah untuk dijadikan sebagai wallpaper di telefon pintar. Namun, sebenarnya gambar ini mengandungi malware baru untuk Android.

Seorang pengguna Twitter @Universelce menasihati agar orang ramai terutama sekali pengguna telefon pintar jenama Samsung agar berhati-hati dan tidak menggunakan gambar tersebut sebagai wallpaper mereka.

Advertisement

Menyebabkan peranti gagal berfungsi dan mungkin perlu di reset keseluruhannya.

Dia menyatakan peranti mudah aih itu akan gagal berfungsi seperti biasa dengan memberi kesan seperti gagal masuk ke lock screen dan peranti akan restart berulang kali sebelum masuk ke mod recovery.

Peranti tersebut hanya akan berjaya diselamatkan jika dapat menukar wallpaper itu kembali di dalam mod recovery. Sekiranya tidak, jalan terakhir ialah dengan membuat tetapan semula (factory reset).

Menurut IceUniverse, gambar tersebut telah dimuatkan dengan kod spesifik yang membolehkan sesuatu peranti gagal berfungsi.

Walaupun telah diberi amaran, masih ada segelintir netizen yang mencuba menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper kerana ingin membuktikan dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak.

Selain jenama Samsung pengguna telefon mudah alih Google Pixel juga mengalami ancaman virus yang sama.

Walaupun sesetengah daripada mereka menyatakan tidak mengalami sebarang masalah dan peranti mereka masih beroperasi dengan baik.


Namun IceUniverse menyatakan, pihak Samsung setelah mendapat makluman mengenai perkara ini akan menyelesaikannya melalui kemas kini firmware dalam masa terdekat nanti.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...