Mungkin pada pandangan biasa gambar tasik dan pergunungan ini merupakan sekeping gambar pemandangan yang indah untuk dijadikan sebagai wallpaper di telefon pintar. Namun, sebenarnya gambar ini mengandungi malware baru untuk Android.
Seorang pengguna Twitter @Universelce menasihati agar orang ramai terutama sekali pengguna telefon pintar jenama Samsung agar berhati-hati dan tidak menggunakan gambar tersebut sebagai wallpaper mereka.
WARNING???
Never set this picture as wallpaper, especially for Samsung mobile phone users!
It will cause your phone to crash!
Don’t try it!
If someone sends you this picture, please ignore it. pic.twitter.com/rVbozJdhkL— Ice universe (@UniverseIce) May 31, 2020
Menyebabkan peranti gagal berfungsi dan mungkin perlu di reset keseluruhannya.
Dia menyatakan peranti mudah aih itu akan gagal berfungsi seperti biasa dengan memberi kesan seperti gagal masuk ke lock screen dan peranti akan restart berulang kali sebelum masuk ke mod recovery.
Peranti tersebut hanya akan berjaya diselamatkan jika dapat menukar wallpaper itu kembali di dalam mod recovery. Sekiranya tidak, jalan terakhir ialah dengan membuat tetapan semula (factory reset).
Menurut IceUniverse, gambar tersebut telah dimuatkan dengan kod spesifik yang membolehkan sesuatu peranti gagal berfungsi.
Walaupun telah diberi amaran, masih ada segelintir netizen yang mencuba menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper kerana ingin membuktikan dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak.
What the hell bro , It is frozen
How to get back to normal ?#GalaxyS20Ultra ???? pic.twitter.com/GZfCfPY7vO
— Learning 2.1 (@vamsiexplores) May 31, 2020
This is the most f***ing bug I’ve ever seen. I even tried in safe mode but still no help. Had to reset app data. Shitsung do something pic.twitter.com/ASeHfNNGYI
— Dawood (@pegasaie) May 31, 2020
Selain jenama Samsung pengguna telefon mudah alih Google Pixel juga mengalami ancaman virus yang sama.
It’s even worse on pixel, it bricks your phone entirely even on safe mode pic.twitter.com/kjZtvrVClH
— Hideika! (@HideikaYT) May 31, 2020
Walaupun sesetengah daripada mereka menyatakan tidak mengalami sebarang masalah dan peranti mereka masih beroperasi dengan baik.
Well I’m fine with it? pic.twitter.com/Sam43p54BI
— Hikari Calyx (@Hikari_Calyx) May 31, 2020
Namun IceUniverse menyatakan, pihak Samsung setelah mendapat makluman mengenai perkara ini akan menyelesaikannya melalui kemas kini firmware dalam masa terdekat nanti.
Update: Samsung has received feedback on this type of bug in mid-May, and has resolved this issue. Just wait for the subsequent firmware update and do not take the risk. pic.twitter.com/oa7rxnkSkb
— Ice universe (@UniverseIce) June 1, 2020
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.