Written by AbangNara | April 5th, 2017

Perempuan dan kasut memang tidak boleh dipisahkan. Bagai aur dengan tebing. Bagai isi dengan kuku. Hampir kesemua wanita yang Abang Nara kenali mempunyai berpuluh-puluh pasang kasut untuk ocassion-ocassion tertentu. Ada kasut untuk pergi kerja, ada kasut untuk jalan-jalan shopping, ada kasut untuk bersukan, ada kasut pergi kenduri dan macam-macam lagilah.

bata insolia

rak kasut idaman setiap wanita. Puas hati kalau ada rak macam nie kat rumah

Dalam banyak-banyak jenis kasut, yang paling popular sudah tentulah high heels atau kalau dalam bahasa Melayunya, kasut tumit tinggi. Wanita suka pakai high heels sebab ia menambahkan ketinggian mereka, bergaya dan menyerlahkan keyakinan diri. Namun high heels ini ada kelemahan untuk si pemakainya. Ia kurang selesa, tak boleh digunakan untuk jalan lama-lama, kaki cepat sakit, lenguh dan silap gaya boleh cedera dibuatnya.

bata

4 inci, 2 inci, 3 inci semuanya ada. Perempuan dan high heels memang tak boleh dipisahkan

Wife Abang Nara pun selalu mengadu masalah yang sama apabila dia keluar berjalan menggunakan high heels. Balik rumah mesti wife akan minta urut kaki sebab penat berjalan seharian dengan high heels. Sambil-sambil mengurut tue Abang Nara tertanya-tanya juga, takkanlah tak ada kasut high heels yang boleh memberikan si pemakainya keselesaan dengan side effect yang minimal. Takkanlah semua pengguna high heels sengsara macam nie? Kaji punya kaji, cari punya cari, research punya research, Abang Nara terjumpa Bata Insolia.

bata insolia

bata insolia

Untuk makluman, bukan semua outlet Bata ada menjual Bata Insolia ini. Kalau nak tahu outleh mana yang ada jual, boleh ushar di www.bata.com.my. Cerita banyak tak guna, Abang Nara telah membeli sepasang kasut tumit tinggi Bata Insolia untuk wife tercinta sebagai hadiah untuknya.

bata insolia

amboi-amboi matching pulak dengan baju dan handbag

Dan wife Abang Nara ternyata amat gembira, puas hati dan seronok sangat-sangat berjalan sambil bergaya dengan Bata Insolia ini. Selesa sangat-sangat katanya. Memang kaki tak terasa lenguh dan sakit sangat walaupun pergi jalan lama-lama. Selain itu, rekaannya pun cantik dan menarik. Memang fesyen dan keselesaan berjaya digabungkan di dalam satu kasut menerusi Bata Insolia ini.
bata insolia

bata insolia

bata insolia

Nampak gayanya selepas ini Abang Nara dengan rela hatinya akan membelikan beberapa pasang kasut Bata Insolia lagi untuk wife tercinta. Suka tengok dia dapat berjalan seharian dengan lebih lama, lebih selesa dan lebih yakin. Sesuai sangat dengan motto “Walk Further Walk Taller” Bata Insolia ini. Ada banyak lagi rekaan Bata Insolia yang cantik-cantik belaka. Ingat nanti nak bawak wife sekali agar dia sendiri boleh buat pilihan kasut mana yang dia nak.
bata insolia
bata insolia

bata insolia

kehebatan teknologi Insolia ini, video di bawah membuatkan ada rasa nak beli sepasang kasut Bata Insolia hari ini juga.


Jadi tunggu apa lagi? Pergilah ke outlet Bata berdekatan anda atau layari www.bata.com.my untuk mendapatkan sepasang kasut Bata Insolia sekarang jugak. Sekali dah pakai, memang puas hati. Meh kita ramai-ramai “Walk Further Walk Taller” bersama Bata Insolia bermula hari ini.

P.S: Untuk memudahkan anda mencari kasut tumit tinggi Bata Insolia, di bawah adalah senarai outlet Bata yang menjualnya:-

South & East Coast Region
City Square JB, Jusco Tebrau JB ,L2 PLaza Angsana, East Coast Mall

Central Region
Sunway Pyramid, Paradigm Mall, PSKL, One Utama, KLCC, Mid Valley, Ampang Point Mall, Alpha Angle KL, Setia City Mall, KLIA2, IOI City Mall, Alamanda Putrajaya, Sunway Velocity, Jusco Rawang, Leasure Mall

East Malaysia
Plaza Merdeka Kuching

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to “Walk Further Walk Taller” Dengan Bata Insolia

  1. Anonymous says:

    BATA sponser ko kasut blh la

    3

    0
  2. anjoli says:

    Hai nak pakai kasut bata pun dah tak mampu semua kerana tak ada keje. Tak de keje pasai ekonomi merosot sebab kerajaan BN langsung tak perihatin dgn rakyat. Marilah kita undi PH di PRU 14. Selamatkan Malaysia daripada malapetaka umno, mca, mic, gerakan dan pas

    9

    2
    • jgn malas says:

      haha ko undila sapa pun masa kempen memangla mcm2…belajarlah hakikat demokrasi jgn reti bc gosip jer..ko jgn harap nara yg cuma reti bodek retis ni ajar ko pasal parti..cari maklumat tu sendiri….bdk2 grad x yah la berkira sgt dgn keje sampai tak kerja apa2…

      0

      0
  3. Mia says:

    Cantik baju wife abg nara.. beli kat mane? Hehehe :-)

    5

    0
  4. huhoo says:

    Jakun..pakai bata..tu ja dia mampu bli kt bini dia..hihi

    0

    11
    • Anonymous says:

      bata lagi berkualiti dari jenama jenama kasut yang ada pada masa kini..even dlu waktu sekolah sume beli kasut bata…jgnlaa pandang rendah pada kasut keluaran bata..di luar negara pun still ada bata…skng bata lagi berkualiti harga pun dah mahal..aku pun tk mampu nak beli..design pun cantik cantik n latest!!

      14

      0
    • senjakala says:

      ko tau tk bata italian brand? masa zaman mak pak aku skolah dulu kasut bata No.1. terkenal ngan kualitinya dan tahan lama.

      5

      0
    • Mia says:

      U x tau ke bata ni international brand.. brand luar negera.. it’s a good brand.. dr saya kecik sampai la anak2 saya pakai kasut bata..

      1

      0
  5. hmm says:

    klu susun gitu gerenti x cukup,klu kasut lama 1 partition 3 kasut ekeke

    0

    0
  6. bunda says:

    wah dah slim ler wife nara ni..ada tips ker?

    0

    0
  7. saya comei says:

    cantik plak saya tengok baju & seluar bini abg nara…tudung stail gitu pun nmpk cantik..

    0

    0