Wald International Perkenal Suzuki Jimny Edisi Black Bison, Serius Mengancam Habis!

Trending

Wald International Perkenal Suzuki Jimny Edisi Black Bison, Serius Mengancam Habis!

Kalau sebelum ini pernah ditampilkan versi rekaan digital sahaja, kini syarikat talaan Wald International tunjukkan pula versi akhir Suzuki Jimny Black Bison Edition yang sebenar.

jimny

Advertisement

Diasaskan dari varian Sierra yang dijual di Jepun, Wald memberikan rekaan baru pada bahagian bampar, gril, perumah lampu utama dan bonet yang kini lebih aerodinamik. Sekali pandang, ia memang ada membawa imej dan iras yang sama dengan Mercedes-Benz G-Class, dengan pakej yang lebih kecil.

jimny

Bahagian lain yang turut diperbaharui ialah pada lengkuk tayar yang menjadikannya lebih lebar dan nampak garang, diikuti juga dengan saiz rim dan tayar yang lebih besar. Wald juga memasangkan lampu LED di depan dan bumbung.

jimny

Penyudah yang melengkapkan lagi imej SUV ini tentulah warna hitam kesat yang digunakan sesuai dengan nama Black Bison Edition. Buat masa ini belum ada pengumuman harga atau aksesori berasingan yang mungkin dijual bagi Jimny ini.

Sumber Berita: paultan.org

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...