Written by Bella | May 8th, 2018

Kontroversi dadah Uqasha Senrose sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan hangat netizen. Ramai yang terkejut bagaimana beliau boleh memiliki 53 biji pil Erimin 5.

Walaupun Uqasha sudah memberikan kenyataan bahawa dirinya disabotaj oleh pihak tertentu. Siasatan masih  lagi diteruskan oleh pihak polis yang ingin mengetahui bagaimana dadah dengan jumlah yang agak banyak itu boleh berada dalam simpanan aktres tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Roslan Khalid berkata pihak polis kini sedang menyiasat sama ada pil dibaluti dengan aluminium yang ditemui dalam beg tangan Uqasha adalah dadah ataupun bukan berdasarkan keputusan ujian makmal.

Susulan penemuan bahan itu bersama pelakon terbabit, kita perlu menjalankan siasatan terperinci mengenainya. Siasatan ini termasuklah untuk mengesahkan bahawa bahan itu dadah atau bukan, dengan menghantar bahan itu ke makmal.

Hanya selepas mendapat keputusan ujian makmal, barulah kita akan menjurus kepada siasatan lain termasuk bagaimana bahan itu berada bersamanya, termasuk unsur sabotaj.

Dalam pada itu, Roslan juga berkata pihak polis tidak akan menghentikan siasatan kes tersebut semata-mata kerana kenyataan Uqasha yang menyatakan beliau disabotaj.  Buat masa ini kita janganlah cetuskan sebarang spekulasi. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan sama-sama kita ketahui jika benar Uqasha disabotaj ataupun sebaliknya.

Sumber Berita : Harian Metro

28 responses to Walaupun Uqasha Senrose Dakwa Disabotaj : Polis Tetap Teruskan Siasatan

  1. nenek kau la! says:

    sabotaj nenek kau!
    dah kantoi khayal..kantoi dgn eramin 5 kemain banyak
    nenek kau sabotaj kau..
    artist bangang! tak ada jawapan lain ke ko boleh fikir? bahlol!

  2. Zizue says:

    Dh agak dh..confirm reason nye kena sabotaj….jap lagi confirm lepas punye lah!