Baru-baru ini, nama pelakon Indonesia iaitu Jefri Nichol menjadi bualan ramai selepas dirinya tewas hanya selepas 38 saat bertinju dengan El Rumi dalam perlawanan Superstar Knockout.
Dapat dilihat, Jefri bertubi-tubi ditumbuk oleh lawannya hinggakan dia mengalami dislokasi bahu kanan sejurus selepas perlawanan bermula.
Susulan itu, pengadil terpaksa menamatkan perlawanan dan memberikan kemenangan kepada El Rumi menerusi Techinal Knockout (TC).
Walaupun kalah selepas beberapa saat, teman wanitanya iaitu Ameera Khan tetap menganggap Jefri merupakan seorang ‘real man’ dan tidak pengecut.
Perkongsian tersebut jelas menunjukkan betapa bangganya Ameera terhadap teman lelakinya biarpun dia dijadikan sebagai bahan lawan warganet ketika ini.