Selepas tiga minggu memberikan yang terbaik dan bertarung di pentas GV 5, kumpulan Elite terpaksa akur apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Redha dengan keputusan tersebut, Linda Rafar mengakui ia bukanlah pengakhiran buat mereka.
Sejak menyertai GV5, mereka semakin dikenali dan sudah pun mendapat tawaran nyanyian sehingga tahun depan.
Kami sudah bersiap sedia dengan segala keputusan, jika tidak terkeluar pada minggu ini mungkin minggu depan. Tapi bagi kami jika gagal dalam GV5 tidak bermakna rezeki kami tiada. Malah, banyak persembahan yang sudah kami terima sehingga tahun depan
Bukaningin membuat kemunculan semula semata-mata, kumpulan itu bersyukur dan menghargai setiap peluang yang diberikan untuk menimba pengalamam baharu.