Walaupun Terpilih Selebriti Dengan Pencapaian Terbaik, 2017 Tahun Mencabar Buat Neelofa

Walaupun Terpilih Selebriti Dengan Pencapaian Terbaik, 2017 Tahun Mencabar Buat Neelofa

Menjadi selebriti tempatan dengan pencapaian paling hebat untuk sepanjang tahun 2017 mmenyimpan pengalaman pahit manis untuk Neelofa. Terpilih menjadi wanita berhijab pertama menjadi Duta Lancome, terpilih sebagai Forbes 30 Under 30, terpilih menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan Air Asia serta nilai jualan Naelofar Hijab mencecah RM 200 juta bukanlah merupakan satu pencapaian yang biasa.

Untuk pencapaiannya, Neelofa terpilih mempunyai pencapaian terbaik sepanjang tahun 2017 oleh program terkenal Melodi TV3, Neelofa memberitahu banyak telah berlaku pada tahun lepas:

Advertisement

Kalau diikutkan, tahun 2017 ialah tahun yang pernuh warna-warni buat saya. Dari awal tahun lagi, bermula gelombang berikutan drama yang saya lakonkan, kemudian Manila untuk Forbes, ke Milan dan Paris untuk komitmen duta, ke Shanghai untuk satu pertunjukan fesyen yang besar, akhir sekali pelantikan saya sebagai oleh sebuah syarikat penerbangan sebagai pengarah bebas.

Satu yang boleh saya katakan, ia bukan mudah. Banyak cabaran yang saya kena lalui, ramai orang tak nampak. Orang mungkin nampak, senanglah dekat sana, senang itu, senang ini, tapi sangat mencabar. After all that, Lofa sangat bersyukur dan bertuah. Rezeki-rezeki yang Allah bagi ini semuanya tak disangka-sangka. Alhamdulillah mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Insya-Allah.

Ditanya perasaannya apabila peminat menjadikannya sebagai sumber inspirasi, Neelofa menyatakan dia sangat menghargainya:

Meletakkan diri saya sebagai contoh atau ikon atau idola, sebagai seorang personaliti yang dikenali ialah sesuatu yang sangat saya hargai dan menyemarakkan semangat saya untuk melakukan sesuatu yang baru.

Dia juga mengakui 2017 ialah tahun yang banyak kontroversi buat dirinya tetapi secara positif, ia menjadikan dia manusia yang lebih baik:

Antara tahun yang sangat banyaklah (kontroversi). Dari kisah peribadi kepada (kontroversi) orang lain yang terpercik dekat saya. Dua tahun kebelakangan ini ialah antara tahun yang mencabar buat saya. Tapi bila difikirkan semula jika saya tak lalui fasa-fasa itu mungkin saya tidak akan jadi sekuat diri saya yang sekarang ini.

Sememangnya pencapaian Neelofa pada tahun ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa. Setakat ini masih belum ada artis yang mempunyai pencapaian sepertinya yang memulakan kerjaya seni sekitar 2011 setelah memenangi pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010. Tahniah diucapkan buat Neelofa semoga terus berjaya dan menyinar dalam karier. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...