Walaupun Sudah Minta Maaf, Tindakan Perlu Diambil Pada Syarikat Cetak Logo Jata Negara Dalam Kasut

Trending

Walaupun Sudah Minta Maaf, Tindakan Perlu Diambil Pada Syarikat Cetak Logo Jata Negara Dalam Kasut

Sejak kebelakangan ini, isu penyalahgunaan Jata Negara semakin menjadi-jadi sehingga ianya menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini, buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance And Hope In New Malaysia mencetuskan kontroversi dengan ilustrasi kulit buku menyerupai Jata Negara.

Baca: Editor Buku Didakwa Hina Jata Negara Telah Melarikan Diri Ke Luar Negara

Advertisement

Baru-baru ini pula, pengeluar kasut jenama Beethree telah melakukan permohonan maaf kerana telah mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluaran syarikatnya. Beethree Footwear berkata kesilapan tersebut ekoran kekurangan pengalaman dan telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.

kasut jata negara

“Untuk makluman semua, syarikat kami telah memberhentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo insole tersebut sebelum ini. Pihak kami telah menyedari akan kesilapan kami yang telah meletakkan logo tersebut disebabkan kekurangan pengalaman kami.”

Tindakan tegas perlu diambil

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa siasatan dilakukan terhadap syarikat pembuat kasut keselamatan susulan cetakan logo Jata Negara di dalam kasut keluaran mereka.

Tambah beliau lagi, semua pihak perlu lebih sensitif dengan nilai serta kemuliaan lambang-lambang institusi kenegaraan. Walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf secara terbuka tetapi tindakan tegas mengikut akta perlu diambil supaya kejadian sama tidak akan berulang lagi.

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid turut memaklumkan pihaknya akan memanggil beberapa individu dari syarikat tersebut untuk siasatan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...