Tabiat semasa kecil dahulu pastinya susah nak ditinggalkan kerana ramai yang dah terbiasa melakukannya. Mungkin itulah yang berlaku kepada pelakon cantik dari Indonesia ini yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat menghisap susu botol walaupun sudah berusia 24 tahun.
Anya Geraldine mengakui dirinya masih memiliki tabiat menghisap susu dari botol sehingga kini. Perkara itu dikongsikannya di Twitter miliknya itu menerusi sebuah fotonya berbaring sambil menikmati susu botol berkenaan.
Dia berkata agak sukar untuknya menghentikan tabiat ini walaupun sudah dihalang oleh keluarganya. Malah keluarganya turut membuang semua botol susu di rumahnya sehingga dia terpaksa membeli yang baru setiap kali mahu menggunakannya.
“Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej.”
Keluarganya juga bimbang dia akan mengalami masalah gigi kerana tabiat minum susu menggunakan botol ini. Sejak tinggal bersendirian, dia kembali menggunakan botol susu namun bersedia apabila keluarganya datang kerana mereka pasti akan membuang kesemuanya.
“Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun.”
Pengakuan pelakon ini turut membuatkan ramai pengguna Twitter yang mengusiknya kerana tabiat peliknya ini. Ramai yang tidak sangka wanita cantik sepertinya ini masih lagi berkelakuan seperti kanak-kanak kecil walaupun sudah meningkat usia.