Walaupun Sudah Bercerai, Sikap Dynas Mokhtar & Suaminya Ini Wajar Dicontohi

Hiburan

Walaupun Sudah Bercerai, Sikap Dynas Mokhtar & Suaminya Ini Wajar Dicontohi

Seringkali apabila bercerita tentang penceraian, pasti akan ada episod kurang manis sekiranya ada kewujudan anak-anak. Bergaduh rebut hak penjagaan, anak-anak tak jumpa emak atau ayah selama bertahun-tahun, si ayah tak bagi nafkah anak dan macam-macam lagilah. Abang Nara sendiri ada kawan yang anaknya sehingga bertahun-tahun tak jumpa ayah kandung kerana dihalang oleh emak yang sudah berkahwin lain. Kononnya kalau jumpa si ayah akan fitnah, reka cerita tipu dan macam-macam lagi.

dynas mokhtar

Advertisement

Tak senang untuk mencari bekas pasangan suami isteri yang sanggup bersefahaman dan tidak bergaduh demi kepentingan anak-anak. Sebab itulah Abang Nara kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh Dynas Mokhtar dan bekas suaminya. Masing-masing memahami anak-anak adalah perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Walaupun sudah bercerai, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. Kata Dynas:-

Saya lihat anak sudah faham apa yang terjadi walaupun kadang-kadang pelbagai soalan lucu yang ditanyakan oleh Khyra. Perpisahan saya dengan bekas suami terjadi sewaktu mereka kecil lagi, jadi tiada banyak perkara yang perlu saya jelaskan kepada mereka. Bagi saya apa yang berlaku ada hikmahnya namun hubungan mereka dengan bapanya masih baik sehingga kini dan tiada masalah untuknya berjumpa.

Namun kami jarang keluar bersama melainkan itu adalah permintaan anak. Ini kerana saya tidak mahu anak-anak keliru sekiranya satu hari nanti kami salah seorang mendirikan rumah tangga. Jika sudah mendirikan rumah tangga sudah pasti kena menjaga hati pasangan masing-masing dan bolehkan pasangan barunya menerima kehadiran kami jika keluar makan bersama.

Situasi ini mungkin tidak berlaku sekarang kerana masing-masing masih belum berpunya. Tetapi tidak mustahil satu hari nanti salah seorang sudah bertemu jodoh pasti perkara ini akan terjadi. Saya sentiasa berdoa bahawa masing-masing mendapat pasangan yang boleh menerima seadanya kerana jika keluar makan dan meraikan ulang tahun bersama semuanya dilakukan demi anak-anak

dynas

Tahniah diucapkan kepada Dynas dan bekas suami yang berfikiran jauh demi masa depan anak-anak. Semoga ia menjadi contoh kepada ibu bapa di luar sana yang berdepan dengan penceraian. Kalau boleh memanglah kita mahukan perkahwinan yang kekal abadi, namun sekiranya ini terjadi, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah anak-anak. Tak gitu? Kalau anda ada pengalaman untuk dikongsikan, silalah tulis di ruangan komen. Sumber MediaHiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...