“Walaupun Sudah 20 Tahun, Orang Masih Ingat..” Wan Maimunah Nak Jumpa ‘Peragut’ Yang Pernah Bergandingan Dalam Iklan Khidmat Masyarakat

Hiburan

“Walaupun Sudah 20 Tahun, Orang Masih Ingat..” Wan Maimunah Nak Jumpa ‘Peragut’ Yang Pernah Bergandingan Dalam Iklan Khidmat Masyarakat

Pelakon senior, Wan Maimunah atau lebih mesra disapa sebagai ‘ibu’  berkata dirinya teringin untuk bertemu semula dengan pelakon yang pernah bergandingan dengannya dalam sebuah iklan khidmat masyarakat.

Iklan bertemakan kes ragut itu sudah pasti diingati oleh masyarakat dan ternyata telah memberi impak yang besar kerana meskipun sudah hampir 20 tahun berlalu, ianya masih diingati oleh rakyat Malaysia.

Advertisement

Malah, ketika diminta untuk mengimbas kembali momen-momen pembikinan iklan tersebut, Wan Maimunah mengakui bahawa dia melakonkan sendiri adegan aksi dalam iklan itu.

“Pihak produksi ada sediakan tilam untuk babak saya terjatuh selepas diragut, tapi saya tolak kerana nak bagi nampak realistik. Lelaki yang berlakon sebagai ‘peragut itu pun bukanlah peragut, jadi Ibu yang ajar dia berlakon bagaimana untuk menampakkan adegan itu seakan realistik,”

Dalam pada itu, Wan Maimunah juga berimpian untuk bertemu semula dengan pelakon yang membawa watak peragut tersebut dan berharap jika individu berkenaan ada membaca berita ini supaya menhubungi dirinya.

 Perkembangan  terkini, Wan Maimunah akan tampil membintangi filem TV (FTV) berjudul Frontliner bersama barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Beto Kusyairi dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...