Meskipun dilihat sibuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan, namun pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.
Hal ini jelas terbukti apabila Ebit tampil berkongsi sebuah video memaparkan kabahagiaannya bersama isteri tercinta di laman instagram miliknya.
Biarpun sibuk menguruskan pelbagai perkara, Ebit yang terkenal dengan sifat dermawannya itu masih mempunyai masa untuk diluangkan bersama bidadarinya.
“Rindunya. Dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini. Bestkan pegang tangan bidadari pun boleh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini.”
Menurut Ebit, isterinya sentiasa mencurahkan senyuman kepadanya dan Bahkan tetap bersyukur dikurniakan isteri yang banyak berkorban sepanjang menjalani bahtera rumah tangga sejak dahulu lagi.
“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini.”
Dalam pada itu, Ebit juga dikatakan tidak ketinggalan tampil menasihati para lelaki supaya sentiasa menghargai ibu dan isteri masing-masing andai mahu merasai nikmat kebahagiaan.
“Nak bahagia hargai ibumu. Dan Hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terharu dengan sikap yang ditonjolkan Ebit kepada umum. Malah wujud juga segelintir pihak seakan tampil meninggal komen agar kaum adam wajar untuk menyantui isteri agar kebahagiaan rumah tangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat sebagaimana yang dilakukan pendakwah berkenaan.
Untuk rekod, Ebit kini khabarnya sibuk dengan pembukaan Elewsmart. Bagaimanapun, tular di media sosial baru-baru ini apabila beliau tetap gigih menghulurkan pertolongan kepada golongan yang memerlukan seperti melawat Bob Lokman di Kelantan serta mengunjungi Zoo Negara untuk menyalurkan bantuan sekali gus mampu meringankan bebanan pihak berkenaan.
Sumber: Instagram Ebit Lew