Sejak mendirikan rumah tangga pada bulan Februari lepas, ramai yang ingin tahu bagaimana agaknya kehidupan pasangan sensasi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.
Mereka berdua sebenarnya belum sempat untuk berbulan madu kerana Sam masih lagi sibuk dengan kerjayanya. Namun, menurut Syatilla suaminya itu masih tidak melupakan tanggungjawabnya dan akan meluangkan masaa secukupnya berdua.
Sebelum kami berkahwin pun saya sudah dibiasakan dengan cara kerja dan kehidupannya. Jadi selepas kami bergelar suami isteri, ia lebih mudah dan tidak ada apa perlu dijadikan isu.
Satu sikap Sam ialah walaupun sibuk, dia masih ingat tanggungjawabnya. Jika dia menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur dan ada cuti sehari, dia tetap akan balik
Jelas Syatilla, mereka merencana untuk berbulan madu di Pulau Maldives selepas hari raya Aidilfitri nanti.
Pada masa yang sama, Sam dan Syatilla mengakui mereka sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan menyerahkan soal tersebut kepada perancangan takdir.
Ada yang akan menganggap Sam dan Syatilla terlalu mendedahkan kisah mereka kepada umum, kami tahu. Apa-apa pun, biarlah mereka kongsi kebahagiaan mereka berdua, kita doakan sahaja Sam dan Syatilla kekal begini sehingga akhir hayat.