Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Caliph Busker merupakan penerima impak yang paling hebat selepas AJL29. Daripada kurang dikenali, kini nama pemuzik jalanan yang cacat penglihatan ini meniti di bibir setiap peminat tanah air. Senang cerita, Caliph Buskers kini popular tahap gaban. Laman Facebooknya pun daripada 8 ribu LIKE kini sudah mencecah 65,000. Power!!!
Walaupun populariti kini meningkat naik, Caliph Buskers berjanji tidak akan melupakan asal usul mereka iaitu pemuzik jalanan. Iyerlah, kebanyakan manusia bila popular selalunya lupa asal usul. Namun tidak bagi Caliph Buskers. Kata Khairul Azmi Saat, vokalis dan ketua kumpulan tersebut:-
Tiada sebarang sebab untuk tinggalkan persembahan ‘basking’ dan kami akan teruskan aktiviti macam biasa kerana muzik adalah jiwa kami. Malah kami berharap bakat yang ada dapat dikongsi dengan orang lain dan cuma berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemuzik seperti kami.
Saya tidak pernah terfikir untuk membuat persembahan di pentas AJL malah ketika Edry membuat pelawaan itu saya tidak percaya dan menganggap ia gurauan. Ini kerana saya bukan seorang penyanyi profesional dan rasanya tidak layak untuk berada di pentas berprestij itu. Ia pengalaman luar biasa.