Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) tampil memberi reaksi tegas terhadap dakwaan segelintir netizen yang menuduh para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) hanya “berwayang” dan mengejar populariti.
Menerusi siaran langsung di platform media sosialnya pada 8 Oktober 2025, jam 2.50 petang, ZRA menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berpunca daripada kejahilan segelintir individu di media sosial.
Bodoh is real, tapi jangan jadikan ianya realiti. Akaun boleh fake, tapi bodoh is real. Bodoh sentiasa membiak. Bodoh memerlukan ruang yang luas.
Beliau turut mencabar mereka yang lantang mengkritik misi kemanusiaan itu untuk berdepan secara bersemuka, bukan hanya bersembunyi di sebalik papan kekunci.
@zrastrim Kembali Berjuang Demi Ghazzah #zrastrim
Anda dijemput untuk hadir ke studio ZRA atau naik kotak. Jangan hebat di komen. Kalau takut datang ke studio, panggil saja ZRA datang ke mana-mana
Kenyataan ZRA itu dibuat selepas wujud beberapa komen di media sosial yang memperlekehkan perjuangan para sukarelawan SUMUD, mendakwa mereka hanya mencari perhatian selepas pulang dari tahanan tentera Israel.
Untuk rekod, misi Global Sumud Flotilla (GSF) membawa seramai 23 sukarelawan Malaysia termasuk selebriti seperti Heliza Helmi, Ardell Aryana, Zizi Kirana dan Hazwani Helmi, yang ditahan oleh tentera Israel pada 2 Oktober lalu ketika dalam perjalanan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kepulangan mereka ke tanah air pada 7 Oktober disambut dengan penuh emosi dan penghargaan, namun reaksi negatif segelintir pihak dilihat mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.