Sedia maklum, status hubungan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sering menjadi tanda tanya selepas mereka membuat keputusan tidak berkahwin.
Tetapi baru-baru ini, mereka dilihat mesra makan bersama di sebuah restoran dan foto-foto mereka juga tular di media sosial.
Kekal sebagai kawan
Menjawab pertanyaan ramai, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memberitahu kedua-dua pelakon itu masih boleh bekerjasama dengan baik serta tiada sebarang perselisihan faham antara mereka.
View this post on Instagram
Walaupun mereka tak jadi kahwin tapi mereka tidak bermusuh.
Muat naik gambar pakai baju sedondon
Dapat dilihat di akaun Instagram Mimi, dia ada memuat naik foto bersama Syafiq Kyle sambil memakai busana raya warna sedondon.
Menjawab mengenai hal itu, Iman berkata itu merupakan kerjasama mereka berdua mengayakan koleksi baju raya untuk tahun ini.
Namun begitu, Iman berkata dia sama sekali tiada hak untuk ikut campur hubungan peribadi selebriti terbabit memandangkan dia hanyalah pengurus tetapi berharap Mimi dapat memaklumkan berita baik kepadanya lebih awal.