Pengarah dan penerbit, Datuk David Teo telah memberikan pendapatnya terhadap isu penampilan terbaru penyanyi Masya Masyitah.
Menerusi Instagram, David berkata zaman sekarang ini ramai orang mengejar pahala dunia dan bukan pahal akhirat seperti yang sepatutnya.
Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan.”
David juga turut mengajak pengikutnya untuk mendoakan agar penyanyi muda itu mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang benar semula.
View this post on Instagram
Hantaran itu meraih perhatian ramai yang akui berasa malu apabila seorang individu bukan beragama Islam terpanggil untuk menegur isu agama sebegini.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar Masya bertaubat dan kembali menutup aurat dengan sempurna seperti yang disuruh oleh agama.
p