“Walaupun Gugup Nak Nyanyi, Saya Cuba Yang Terbaik..” – Ziana Zain Ingin Kembali Bertanding Di AJL Setelah 15 Tahun

Hiburan

“Walaupun Gugup Nak Nyanyi, Saya Cuba Yang Terbaik..” – Ziana Zain Ingin Kembali Bertanding Di AJL Setelah 15 Tahun

Terkini, penyanyi terkemuka Ziana Zain dikatakan mahu bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 38 selepas hampir 15 tahun meninggalkan pentas tersebut. Berita ini telah berjaya meraih perhatian peminat yang sekian lama menunggu kemunculan penyanyi ini semula.

Katanya, diumurnya yang sudah mencecah 55 tahun ini dia akui tidak terlalu memikirkan tentang persaingan sebaliknya fokus jika dirinya boleh menyampaikan persembahan yang baik untuk dilayakkan ke pentas akhir AJL ataupun tidak.

Advertisement

Saya tak fikir soal saingan, hanya fikir saya boleh nyanyi ataupun tidak. Itu yang paling penting. Kita pada umur ni dah malas nak fikir soal tu.

Saya hanya mewakili komposer dan penulis lirik. Walaupun saya gugup nak nyanyi, tetapi saya akan cuba yang terbaik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

Difahamkan, penyanyi ini akan mempertaruhkan lagu duet bersama Hasif Upin bertajuk Waktu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ini.

Sebagai info, SFMM telah mempertandingkan 30 karya lagu yang akan bersaing untuk mendapatkan 12 tempat teratas yang dibolehkan bertanding ke AJL yang bakal berlangsung pada 3 Mac tahun hadapan.

ziana zain diknon azwan ali
9 months ago

Kisah Pernah 'Dicintai' Diva AA Viral Kembali, Ini Respon Ziana Zain.. -""Ia Wujud Dan Terbit Dari Hati.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...