“Walaupun Free Kena Ada Kualiti” – Beri Penjelasan Isu Jurugambar Bizmilla, Netizen ‘Tempelak’ Mila Jirin

Hiburan

“Walaupun Free Kena Ada Kualiti” – Beri Penjelasan Isu Jurugambar Bizmilla, Netizen ‘Tempelak’ Mila Jirin

Sebelum ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah video mengenai seorang pelanggan Bizmilla Wedding Centre yang meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan jurugambar percuma yang ditawarkan.

Tampil memberi penjelasan, penyanyi dan pemilik syarikat Bizmilla, Mila Jirin berkata pihak mereka menawarkan dua jenis pakej perkahwinan lengkap iaitu pakej premium dan pakej basic.

Advertisement

Malah, Mila turut memaklumkan di dalam pakej tersebut pihak mereka memberikan sesi fotografi dan videografi secara percuma sepanjang majlis iaitu bersamaan 500 keping gambar dan keatas.

Sudah semestinya ada momen tengah jalan dan tak betul akan dirakamkan juga. Yang tu kita panggil momen.

Pakej yang dia ambil adalah basic, kami tak nak isukan benda itu…

Tambah penyanyi berusi 34 tahun itu, dia sendiri telah melihat hasil gambar yang diambil oleh jurugambar tersebut dan mempersoalkan tindakan pelanggan tersebut kerana hanya berkongsi foto tidak bersedia.

Boleh lihat ada gambar-gambar momen cantik, tapi kenapa tak nak masukkan? Kenapa tak nak viralkan?

@milajirin_bizmilla

Saya ingin menjelaskan …. Sebab ramai DM saya dan cakap macam macam …

? original sound – MILA JIRIN – MILA JIRIN

Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memberi teguran kepada Mila untuk menerima kritikan daripada pelanggan bagi meningkatkan lagi kualiti dan servis syarikat Bizmilla.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang menjelaskan bahawa kualiti gambar tetap perlu ada walaupun pelanggan menempah pakej basic dan mendapat jurugambar secara percuma.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mana Nak Berkat Kalau Sakan Berjoget" - Majlis Kahwin Sweet & Adam Dikritik, Terlalu Ikut Cara Mat Saleh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...