Walaupun penglibatan Fattah Amin dalam bidang nyanyian dikritik dan dikecam ramai yang berpendapat suaranya tidak sedap, siapa sangka akhirnya lagu Wanita Terakhir nyanyian beliau telah dinobatkan sebagai debut single paling sukses di Malaysia sepanjang tahun 2017.
Ia diumumkan menerusi akaun Instagram Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Perkiraan itu berdasarkan kedudukan tertinggi dalam carta domestik serta antarabangsa pada hari pertama ia dilancarkan.
Kejayaan lagu ciptaan Aizat Amdan itu juga mengungguli kedudukan terbaik dalam carta lagu Malaysia untuk tahun 2017.
Itulah rezeki kata orang, meskipun dikecam ternyata Fattah Amin berjaya juga membuktikan lagunya itu mampu menjadi yang terbaik.