May 30th, 2016

Pernah berselisih faham dan terlibat dalam kemelut dengan pelakon Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose bagaimanapun tidak mahu lagi mengenangkan apa yang terjadi dan bersikap profesional apabila kedua-duanya kembali bekerjasama sebagai duta Kempen Ramadan dan Raya untuk stesen TV3 dan TV9

Uqasha juga memberitahu beliau tidak kisah untuk bergandingan dengan Hafidz dalam mana-mana drama meskipun aktor itu tidak memohon maaf kepada beliau.

Saya okey apabila diberitahu kami sama-sama terlibat sebagai duta Kempen Ramadan dan Raya TV3 dan TV9. Bagi saya, tidak ada lagi isu yang perlu dibangkitkan.

Walaupun dia tidak meminta maaf, itu tidak bermakna saya perlu bermasam muka dan mengelak untuk digandingkan dengannya. Saya juga tiada masalah andai kami digandingkan sekali lagi dalam drama, tetapi terpulanglah kepada dia jua.

Kemelut Uqasha dan Hafidz tercetus apabila Uqasha melalui akaun Twitternya menyindir sikap tunangan ( kini sudah menjadi isteri)  Hafidz yang tidak matang dan cemburu buta dengan lakonan mesra didalam drama Tundukkan Playboy Itu.

Dalam satu industri yang sama buat apa untuk gaduh lama-lama bukan? Lagipun ia bukanlah satu masalah yang besar sangat.

Sumber Berita : Kosmo Online


Comments are closed.

Loading...