Walaupun Berhenti Sekolah, Pelajar Kongsi Rahsia Dapat Semua A Untuk Subjek SPM

Trending

Walaupun Berhenti Sekolah, Pelajar Kongsi Rahsia Dapat Semua A Untuk Subjek SPM

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, dia telah berhenti sekolah selama setahun, tetapi mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang iaitu A untuk kesemua subjek.

Advertisement

Lepasan SPM itu yang menggunakan nama Fariz, berkata dia berhenti sekolah kerana sering dipanggil guru disiplin sehingga proses pembelajaran terganggu. Disebabkan keadaan waktu itu mengganggu kesihatan mentalnya, Fariz nekad untuk berhenti sekolah. Keputusan itu mendapat tentangan guru dan ibu bapanya.

Keputusan itu menyebabkan ada yang memandang rendah padanya dan mengatakan dia bakal mendapat keputusan peperiksaan yang teruk kerana mengikutkan perasaan. Malah, ibunya sendiri menjangkakan dia akan mendapat 3 A sahaja, dan ini menyebabkan Fariz bertekad untuk membuktikan mereka salah.

Fariz seterusnya berkongsi bagaimana dia belajar. Dia mengambil sembilan subjek dan mengambil tuisyen untuk subjek Fizik sebanyak empat kali sebulan.

Disebabkan dia tidak bagus dalam subjek biologi, Fariz telah mengadakan kumpulan belajar dengan seorang rakan yang bagus dalam subjek biologi yang bernama Husna. Mereka belajar bersama sebanyak dua kali sebulan setiap Sabtu selama dua bulan. Semasa pembelajaran mereka, Fariz mengajar rakannya Matematik Tambahan dan mereka juga belajar subjek Kimia dan Fizik bersama.

Seorang lagi rakan bernama Huwaida membantu membuat salinan-salinan nota untuk Fariz dan sebagai balasannya Fariz mengajar Huwaida subjek Kimia dan Fizik yang tidak diajarkan di sekolah.

Dia turut menyertakan tips berikut:

#1 rujuk orang yang lebih pandai dari kita.

ask them for help. tak semua benda kita boleh faham sendiri. i know how different it is bila kita belajar sendiri & kalau orang ajar. & kalau kita minta tunjuk ajar orang, benda tu jadi lagi senang nak ingat masa jawab paper

#2 buat study group!!!

this is so helpful. kita dapat kongsi & bertukar cara menghafal, cara faham, cara belajar. dalam masa yang sama, kita dapat betulkan dekat mana yang kita salah

#3 ajar orang.

i always think ajar orang is the best way untuk memperluas kita punya ilmu. kita akan rasa macam ilmu kita ni tak cukup untuk fahamkan orang, so dari situ kita akan berusaha untuk tambah ilmu kita & mendalami the topics

#4 banyakkan latihan especially for math & addmath.

bila kita dah terbiasa buat soalan, otak kita akan macam “eh ni lebih kurang macam soalan haritu je” & confirm dapat jawab. math & addmath memang kena tajamkan otak, i don’t think there’s a better way untuk pandai math & addmath

#5 always keep in mind yang ilmu kita tak cukup.

always convince diri sendiri yang kita tak cukup pandai lagi & kita kena teruskan berusaha untuk tambah ilmu kita. even kalau result trial kita dah straight As pun. jangan fikir kepandaian yang kita ada tu dah mencukupi
usaha, usaha, usaha untuk tambahkan lagi kepandaian kita & don’t stop.

#6 know when playtime is over. being a self-taught student, i know exactly how important this is.

memang dari bulan 2 sampai 8 tu Fariz enjoy je, langsung tak study tapi bila masuk bulan 9, Fariz sedar kalau Fariz tak start study time tu, Fariz tak akan sempat habis study. so dari bulan 9 sampai bulan 10 tu memang study je. rehat pun kurang, have fun pun kurang. Fariz selalu juga study sampai pukul 4pagi
sebab Fariz dah set ok harini kena study bab 1 sampai 5, so selagi tak habis sampai bab 5, Fariz tak boleh tidur. tak pun Fariz tidur macam pukul 10malam, lepastu pukul 12pagi Fariz bangun untuk study. it’s always about your mindset

#7 acronyms!!

this is untuk subject yang banyak kena hafal, contohnya Sejarah, Biology. buat la ayat yang pelik pelik guna the first letter, idk, figure it out yourself, but i found out the weirder & funnier they sound, the easier they are to memorise

#8 study last minute tu paling penting!!

even esoknya ada paper pukul 8 pagi pun, Fariz study sampai pukul 3/4 pagi, sampai la dah habis revise semua benda. Fariz hafal gila gila and even otak dah tepu pun, Fariz akan sumbat lagi sampai la mampat kat dalam kepala otak

#9 analysis soalan tahun tahun yang lepas.

lepastu target apa yang akan keluar. lebihkan dekat target tu. especially komsas & literature. jangan percaya 100% target sekolah sebab tahun lepas target ex sekolah Fariz yang keluar macam 1 2 gitu je

#10 watch youtube videos for better understanding.

kalau cikgu dah ajar tapi tak faham jugak, search it up on youtube. that’s what i did. especially Addmath. i would watch as many videos as i could sampailah dapat master the whole bab

#11 as cliché as this sounds, doa.

doa banyak banyak!! doa Fariz tak ada la bagus mana tapi Fariz share je la okay. dalam setiap solat, Fariz tak pernah miss doa “ya Allah, Kau kurniakanlah aku result yang cemerlang dalam SPM, kurniakanlah aku straight As, kurniakanlah aku 9A+.

Dalam Bahasa Inggeris, seseorang seperti Fariz dipangil autodidact iaitu cenderung untuk belajar sendiri untuk mengetahui apa saja.

Tahniah diucapkan buat Fariz semoga keputusan SPM yang bagus melayakkan anda untuk pengajian universiti paling baik dan menjamin masa hadapan ada. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...