Walaupun Berbangsa Cina, Jasmine Suraya Akui Tidak Fasih Bahasa Mandarin

Hiburan

Walaupun Berbangsa Cina, Jasmine Suraya Akui Tidak Fasih Bahasa Mandarin

Bagi mengisi masa lapang ketika berkurung di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di negara kita, pelbagai perkara boleh dilakukan.

jasmine suraya

Advertisement

Lebih menarik, perkara itu juga turut dikongsi Jasmine Suraya apabila beliau kini difahamkan mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Mandarin secara dalam talian.

Tambahnya, walaupun beliau merupakan individu berbangsa cina, namun dirinya langsung tidak fasih berbahasa Mandarin.

Menurut Jasmine, impiannya yang mahu mengembangkan bakat ke luar negara haruslah bijak bertutur dalam Mandarin. Hal ini kerana, andai tawaran yang datang memerlukan beliau membawa watak Cina, sudah pasti ia menjadi satu bonus buat dirinya.

jasmine suraya

Sementara itu, Jasmine yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris itu juga sentiasa menantikan peluang untuk mengembangkan karier lakonannya ke peringkat antarabangsa.

“Peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa lebih terbuka dan tiada halangan kerana sekarang ini ada banyak medium untuk kembangkan bakat seperti Netflix dan lain-lain.

“Sebelum kita melangkah ke fasa lebih jauh, kita perlu ada persediaan kerana persaingan di luar sangat banyak.

Tambah Jasmine lagi, beliau juga bukanlah seorang yang fasih berbahasa Melayu, namun bijak mengambil inisiatif untuk mendalami bahasa kebangsaan itu dengan lebih baik.

Jasmine bagaimanapun tetap gigih mengambil kelas di Aswara selama enam bulan bagi meningkatkan lagi prestasi lakonannya dalam bahasa Melayu.

jasmine suraya

“Sejak kecil saya dan keluarga lebih banyak bercakap bahasa Inggeris… sesekali sahaja bertutur dalam bahasa Mandarin dan Melayu, mungkin sebab itu saya kurang fasih dalam dua bahasa berkenaan,” katanya.

Untuk rekod, graduan Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi di Universiti Monash, Melbourne ini telah muncul dalam pelbagai drama bersiri tempatan antaranya Kerana Terpaksa Aku Relakan, Hero Seorang Cinderella dan Alamatnya Cinta.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...