Walaupun 2 Malam Di Lokap, Saya Rasa Nikmat Sebenar Kehidupan – Isteri Da’i Farhan

Hiburan

Walaupun 2 Malam Di Lokap, Saya Rasa Nikmat Sebenar Kehidupan – Isteri Da’i Farhan

Baru-baru ini, isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu. Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan semula dengan diikat jamin RM4,000.

isteri puji da'i farhan macho

Advertisement

Setelah direman selama dua hari, Erin menerusi akaun Instagram berkongsi pengalamannya tidur di dalam lokap.

Dua malam tidur di lokap, tak ada rasa malu

isteri da'i farhan dua malam lokap

Menurut wanita itu, dia menerima segala prosedur dengan hati yang terbuka tanpa rasa malu atau takut. Erin menganggap apa yang dilaluinya ketika ini sebagai satu ujian terhadap dirinya.

Pelbagai pengalaman yang diperoleh sewaktu dia ditahan lebih-lebih lagi apabila bersama dengan insan-insan disebalik tirai besi.

isteri da'i farhan lokap

Erin pada masa yang sama, sempat mengucapkan terima kasih kepada pegawal yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di dalam lokap itu. Dia percaya satu hari nanti kebenaran akan terbukti.

Terdahulu, Erin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...