Adi Putra, 33 tahun kini sudah bergelar seorang haji. Alhamdulillah. Bukan semua orang diberikan rezeki untuk menerima panggilan daripadaNya ke Tanah Suci. Menariknya, walaupun sudah bergelar haji, selaku seorang pelakon, Adi Putra tetap akan menerima tawaran watak jahat atau jahil mahupun melakukan babak panas dalam filem dan drama. Malah kalau ada babak yang Jelasnya, jika babak melibatkan aksi di ranjang atau adegan bersentuhan, Adi Putra turut bersedia melakukannya sebagai memenuhi tuntutan pengarah atau skrip.
Adi Putra menyifatkan lakonan yang dilakukan adalah satu pekerjaan dan pekerjaan merupakan satu ibadah walaupun dirinya membawa watak panas. Namun jangan salah faham, kebanyakan babak yang nampak panas di drama/filem adalah hasil daripada teknik kamera. Sekarang kan teknologi dah canggih. Tak perlu nak sentuh-sentuh secara ‘real’ lagi dah. Terang Adi Putra:-
Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan. Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah.
Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun. Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja.
Untuk makluman, selain berlakon, Adi Putra juga kini memiliki sebuah agensi umrah yang diberi nama Menara Hadid. Agensi miliknya ini beroperasi dengan penerbangan 2 kali sebulan. Sibuk dengan pengurusan agensi ini juga merupakan salah satu sebab kita jarang dapat melihat kelibat Adi Putra di kaca televisyen. Apa pun, jangan tinggalkan dunia lakonan kerana pasti ramai peminat yang merindui aksi anda tak kira watak panas, gangster atau alim. Lakonan anda memang power. Tak gitu? Sumber Mstar Online.