“Walau Suami Bergaji Besar, Tapi Anak Saya Jarang Pakai Baju Mahal.”, Wanita Ini Tegur Sikap Ibubapa Suka Menunjuk Beli Pakaian “Branded”

Trending

“Walau Suami Bergaji Besar, Tapi Anak Saya Jarang Pakai Baju Mahal.”, Wanita Ini Tegur Sikap Ibubapa Suka Menunjuk Beli Pakaian “Branded”

Shopping adalah lumrah manusia yang suka berbelanja untuk kepuasan diri. Masa tak kahwin dulu, ada yang gemar shopping barangan berjenama. Tak kurang juga yang lebih senang belanja secara sederhana.

Advertisement

Namun bila dah berkahwin dan ada anak, ada juga ibu bapa gemar untuk mewahkan anak dengan membeli pakaian yang berjenama. Tapi adakah ibubapa seperti ini dikatakan seakan lebih suka menunjuk? Atau tak salah pun mewahkan anak-anak.

Jom ikuti pandangan dari wanita ini..

Ibubapa Sekarang Menunjuk-Nunjuk Dengan Berbelanja Mewah Untuk Anak

Salam, maaf kalau apa yang saya kongsikan ini menyinggungkan perasaan mana-mana pihak.

Suami saya bergaji RM10,000 sebulan, tetapi anak saya, saya pakaikan baju yang murah-murah sahaja. Baju paling mahal pun, saya beli dalam harga belasan ringgit. Yang lain, semua RM10. Bukan kami tak mampu tetapi malas nak membazir dengan budak kecil ini. Budak kan cepat membesar, nanti beli lagi.

Ada seorang perempuan ini, gaji suaminya berapa sajalah sebulan nak bayar itu ini, anak pakai baju H&M, Anakku bagai. Buat apa nak membazir? Asalkan lawa di mata sudah, jenama tak penting pun.

Pernah suatu masa dia mengata saya dengan si A. Si A pula beritahu saya, dia cakap dia pakaikan anak dia baju murah saja. Malas saya nak ambil kisah.Yang penting setiap bulan, kami simpan duit dalam buku Ting (ASB) anak. Sekarang umur anak dah dekat setahun, simpanan dia dah mencecah RM3,000. Baru setahun, kalau 10 tahun? Tak campur lagi dengan dividen. Itu kan lagi penting.

Bukan kami tak mampu. Gaji suami saya selepas bayar segala keperluan, ada baki sebanyak RM5,000 – RM6,000. Tetapi malas nak buat benda yang tak berfaedah itu.

Itu saja nak kongsi untuk panduan bersama. Jangan ingat anak yang pakai murah, mak bapa dia tak ada duit eh. Ada lagi benda yang lebih berfaedah dan lebih bagus dibuat daripada membazir duit beli barang berjenama untuk anak.

Kadang-kadang orang sekarang suka sangat nak menunjuk-nunjuk, sanggup beli barang mahal untuk anak walaupun tak mampu. Nak tunjuklah yang dia sayangkan anak. Bukan begitu caranya. Sayang anak, tiap-tiap bulan simpan duit untuk anak, itu baru namanya sayang anak.

Panjang pula saya berleter. Oklah, sekian.

Kredit : Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...