Walau Pakai Jubah Sekalipun, Orang Tetap Label Saya Seksi – Maria Farida

Hiburan

Walau Pakai  Jubah Sekalipun, Orang Tetap Label Saya Seksi – Maria Farida

Maria Farida. Apa perkara pertama yang bermain di minda anda apabila nama jelitawan berusia 45 tahun ini disebut? Seksi? Jelita? Menawan? Still maintain? Abang Nara percaya ramai yang menganggap Maria Farida selaku seorang yang sentiasa bergaya seksi, tetap kurus langsing dan menawan walaupun sudah berusia. Pernah mendapat jolokan simbol seks, ia bukanlah satu simbol yang membanggakan namun Maria Farida berpendapat seksi itu adalah subjektif kepada mata yang memandang.

maria farida

Advertisement

Sekilas pandang di akaun Instagram Maria Farida, memang selalu pelakon jelita ini berkongsi gambar dirinya untuk tatapan para peminat. Ada yang mengkagumi kelangsingannya. Ada yang memberi nasihat agar tidak berpakaian terlalu ketat. Ada yang memberikan komen berunsur lucah dan macam-macam lagi. Bagi Maria Farida, semua orang bebas membuat kesimpulan sendiri. Katanya:-

Dari dulu sampai sekarang, isu seksi ini memang melekat dengan diri saya. Seksi ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata individu yang menilai.

Saya pakai apa pun tetap dikaitkan dengan isu seksi. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya, orang tetap melabel saya sebagai seorang yang seksi.

Jadi sukar untuk saya menjawab isu seksi ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis perempuan yang lebih seksi berbanding saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.

Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja

maria farida

Teringin juga sebenarnya melihat Maria Farida berjubah, berbaju kurung atau berpakaian yang agak tidak melekat pada badan. Pasti lebih sedap mata memandang. Mana tahu ramai yang akan menjadikan Maria Farida sebagai sumber inspirasi sekiranya dia tampil dengan imej sebegitu. Pasti lebih cantik. Pasti akan tiba masanya untuk Maria menukar imejnya satu hari nanti. sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa gambar si jelita ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber BHPLUS.


maria farida
maria farida
maria farida
maria farida
maria farida
maria farida
maria farida
maria farida
maria farida

maria farida
maria farida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...