“Walau Keadaan Ekonomi Yang Lembab, Syarikat Malaysia Tetap Ambil Pekerja Baru” – JobStreet.com

Trending

“Walau Keadaan Ekonomi Yang Lembab, Syarikat Malaysia Tetap Ambil Pekerja Baru” –  JobStreet.com

Satu kaji selidik oleh JobStreet.com, mendedahkan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini ia tidak menjejaskan syarikat Malaysia daripada mengambil pekerja baru.

Advertisement

Pengurus Negaranya Chook Yuh Yng berkata kaji selidik itu yang membuat penyelidikan pasaran pekerjaan bagi suku ketiga tahun ini menunjukkan 50% responden masih merancang menambah jumlah kakitangan mereka.

“Hasrat mengupah pekerja oleh majikan masih kelihatan kukuh meskipun keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kelemahan ringgit,” katanya semasa acara perangkaian sumber manusia.

Beliau berkata majikan daripada sektor perbankan, kejuruteraan dan perniagaan runcit masih berminat mengambil pekerja manakala 40% responden memutuskan untuk mengekalkan kakitangan mereka manakala 36% responden mahu mengurangkan tenaga kerja mereka.

Bagaimanapun, Chook berkata pasaran pekerjaan Malaysia dalam tempoh separuh pertama tahun ini turun lima peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kerana keadaan ekonomi secara umumnya masih mencabar memandangkan kejatuhan harga minyak global dan peningkatan inflasi dalam negara.

“Meskipun penurunan pasaran pekerjaan, kami masih memiliki lebih 20,000 kekosongan jawatan yang diposkan di laman web kami. Pencari pekerjaan harus terus positif dan memastikan profil JobStreet.com mereka dikemas kini agar mereka tidak terlepas peluang,” katanya.

Industri pembuatan masih menjadi sektor utama yang menawarkan pekerjaan diikuti perbankan, pembinaan, teknologi maklumat dan runcit.

Mengenai gaji, Chook berkata ia berada dalam jajaran antara RM2,100 dan RM2,500 bagi pelajar lepasan ijazah manakala bagi kakitangan hampir RM3,000. Beliau menasihatkan lepasan ijazah agar lebih realistik dalam mencari pekerjaan pertama mereka dan menilai peluang apabila ia muncul.

“Mengapa masih tidak bekerja apabila terdapat banyak peluang pekerjaan dalam pasaran. Bekerja dahulu di samping anda terus mencari peluang yang lebih baik,” katanya.

JobStreet.com adalah syarikat menawarkan pekerjaan dalam talian utama yang merangkumi pasaran pekerjaan di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Ketika ini ia menyediakan perkhidmatan kepada lebih 230,000 majikan korporat dan lebih 15 juta pencari pekerjaan dalam pangkalan datanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...