Walau Jalani Hukuman Penjara, 2 Banduan Ambil Peluang Lanjut Pengajian Peringkat PHD

Trending

Walau Jalani Hukuman Penjara, 2 Banduan Ambil Peluang Lanjut Pengajian Peringkat PHD

prisonbars2

Walaupun mereka sedang menjalani hukuman penjara, namun dua orang banduan kini ambil peluang ikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Advertisement


Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, pihaknya melakukan kolaborasi bersama beberapa universiti tempatan bagi membolehkan banduan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Sebelum ini, banduan diberi peluang melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana, sarjana muda dan diploma.

Mulai tahun ini, ada dua banduan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Mengujar lagi perkara itu, Zulkifli berkata banduan yang diberi peluang untuk melanjutkn pelajaran adalah merek ayang tidak melakukan kesalahan berat.

Tambah beliau juga, seramai 10 banduan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kira-kira 60 banduan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Program melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dalam kalangan banduan itu bertujuan menghakis pandangan tidak baik masyarakat terhadap bekas banduan.

Walaupun mereka sudah pulih dan bebas dari penjara, mereka sukar mendapat kerja. Dengan program ini, diharap banduan yang memiliki taraf pendidikan tinggi itu mampu memulihkan minda mereka dan mendapat peluang kerjaya lebih baik,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...