Walau Anaknya Langsung Tidak Dapat Gred ‘A’, Lihat Kenapa Ibu Ini Tetap Beri Pujian Bangga

Trending

Walau Anaknya Langsung Tidak Dapat Gred ‘A’, Lihat Kenapa Ibu Ini Tetap Beri Pujian Bangga

Ibu bapa mana yang tidak senyum lebar jika si anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil memberikan hadiah kejayaan pada mereka.

Advertisement

Malah mereka terus tersenyum lebar dan kesakitan melahirkan dan membesarkan si anak sejak kecil terus hilang apabila si anak menghadiahkan kejayaan dalam dunia ini.

Tetapi sebaliknya dengan si ibu ini.

Anaknya pulang dengan keputusan yang kurang memberangsangkan saya kira pada ibu bapa yang lain dek kerana langsung tidak mempunyai sebarang gred ‘A’ pada kertas itu.

Tetapi ibu ini tetapi memberi pujian yang melambung pada anaknya yang berjaya mendapat 1B. Kami difahamkan melalui posting beliau, anaknya mempunyai masalah ‘intelectual diasbility’.

Tetapi si anak berjaya membuktikan pada ibu bapanya bahawa kekurangan itu bukan penghalang bagi dia mendapat keputusan yang bagus dan ada peningkatan.

Paling menusuk hati apabila si anak berkata “Tapi imran nak dapat semua A. Markah 100% semua..” . Jauh disudut kecil hatinya mahu juga seperti org lain.

Jom baca perkongsian ibunya di bawah:

“Waaaa imran dapat 1B lah. Hebat!”

Bukan main senyum sampai ke telinga si Imran waktu saya puji tadi. Apa lagi lepas berjabat tangan dan mengucap tahniah. Macam dunia ni dia yang punya.

Sepanjang 2 tahun sekolah, inilah pertama kali dapat B tau. C pun rasanya pertama kali. Wah, kemajuan besar ni. Seingat saya paling tinggi pun markahnya 47 sebelum ni.

“Tapi Imran kene usaha lagi. Kalau imran buat betul-betul, boleh dapat keputusan lagi baik”

Dia angguk dan terus ke bilik. Dek sebab pujian tadi, tak perlu suruh dia terus kemas biliknya sampai bersih.

Suami saya yang pergi ke sekolah tadi mengambil laporan imran.

Katanya cikgu memang maklumkan ada banyak perubahan pada Imran. Boleh membaca boleh bergaul. Cuma part emosi tu, walaupun sudah makin baik tetap masih perlu dikawal.

Kami sedia maklum. Bukan mudah juga. Contohnya bahasa Melayu, dapat 46 dan lulus tu kira ok la juga. Selepas periksa kertas cikgunya terus whatsapp saya maklumkan yang imran lulus.

Pemahaman sahaja yang belum ada rezeki. Borak-borak kami akhirnya sama setuju jika imran dapat kawal emosi dan tak mudah kecewa bila tak dapat jawab soalan, tentu dia boleh baiki keputusan.

Dan emak dengan berani matinya upload gambar keputusan imran di FB. Eh emak jyga nak up to date macam parents lain. Cumanya jika orang rasa emak upload ni supaya emak dipuji, jadi inspirasi, salah tu.

Emak upload sebagai ingatan.

Hargai dan raikan anak punya pencapaian. Biar sedikit pun kena ambil kira usaha dia. Kenapa hanya membanggakan anak yang kita ‘rasa’ berjaya? Kalau keputusan berderet D dan E ini kita rasa nak sorok muka?

Setiap anak adalah istimewa. Dan imran walaupun dikategorikan mempunyai intellectual disability, tetap pada saya seorang anak yang membanggakan!

Imran datang kembali pada saya.

“Tapi imran nak dapat semua A. Markah 100% semua..”

Saya termangu. Jauh disudut kecil hatinya mahu juga seperti org lain. Saya katakan boleh. Nanti imran pasti boleh jika usaha kuat.

Namun saya akan ceritakan pada dia, markah bukan segalanya.

Bukan kayu ukur kamu berjaya atau tidak nak. Emak cukup rasa syukur jika imran dapat berdikari, merendah diri, suka bantu orang dan kekal sebagai imran yang sebegini sampai bila-bila!

Sumber: Salwa Mohd Saleh

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...