Waktu Yang Sesuai Muatnaik Gambar Di Instagram Untuk Dapatkan “Likes” Yang Banyak

Teknologi

Waktu Yang Sesuai Muatnaik Gambar Di Instagram Untuk Dapatkan “Likes” Yang Banyak

Rata-rata pengguna Instagram pada hari ini terdiri dari kebanyakan pelajar sekolah menengah dan rendah. Malah mereka juga kelihatan lebih popular dari pengguna yang berusia 20-an.

Advertisement

Jika anda memuat naik gambar yang memboringkan dan hanya mempunyai 8 pengikut sahaja, tiada apa yang boleh dibantu.

Tetapi sekiranya anda memuatnaik gambar yang menarik tetapi tidak mendapat jumlah ‘likes’ yang setimpal, maka anda harus melihat balik waktu anda memuat naik posting tersebut.

Disebabkan oleh pulangan yang tinggi dan minat dalam media sosial hari ini, tidak hairanlah bahawa sebuah syarikat telah berusaha keras untuk mengetahui bilakah masa terbaik untuk memuatnaik gambar di Instagram .

Latergramme, telah mengkaji serta menganalisis hubungkait di lebih daripada 61,000 posting bergambar di Instagram bagi mengetahui bilakah masa terbaik untuk memuatnaik gambar di Instagram.

Hasil kajian dari Latergramme menunjukkan waktu terbaik untuk memuatnaik gambar di Instagram adalah pada pukul 2 pagi dan 5 petang.

Pada jam 5 petang adalah waktu dimana orang ramai pulang dari pekerjaan mereka dan pelajar sedang sibuk bermain dengan gadget mereka.

Manakala jam 2 pagi pula adalah waktu dimana kurang pengguna memuatnaik posting, jadi kebarangkalian untuk posting anda terpapar adalah tinggi dan pengguna dapat melihatnya.

Jadi jika anda inginkan jumlah likes yang banyak, cuba untuk memuatnaik posting anda pada waktu yang disarankan di atas.

Tetapi jangan terlalu taksub dan muatnaik secara banyak sekaligus dalam satu masa. Situasi ini bakal membuatkan pengguna lain merasa terganggu dan ‘muak’ melihat positng anda yang terlalu banyak.

Bersederhana dan teruskan berkongsi posting gambar yang menarik supaya para pengikut anda sentiasa mendapat sesuatu dari posting anda.

Waktu-waktu yang disarankan diatas adalah hasil kajian dari berpuluh ribu akaun pengguna. Tetapi tidak semestinya waktu di atas relevan dengan akaun anda. Ianya bergantung kepada jenis audiens anda juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...