Waktu Dulu Ayah Ibu Layan Segala Kehendak Kita, Kini Giliran Kita Pula Balas Jasa Mereka

Trending

Waktu Dulu Ayah Ibu Layan Segala Kehendak Kita, Kini Giliran Kita Pula Balas Jasa Mereka

Tiap kali hendak berbicara perihal ayah ibu, pasti berkaca air mata ini.  dan sedih sekali bila teringatkan ibu dan ayah kita yang gigih membesarkan kita adik beradik tanpa mengeluh.

Apa sekalipun. Malah setiap hajat yang kita inginkan pasti ditunaikan mereka baik cepat mahupun lambat.

Advertisement

Kini tiba masanya kita pula sebagai anak membalas jasa-jasa mereka kerana apabila mereka sudah memasuki fasa 50-an ke atas,itulah fasa dimana mereka pula ingin dimanjakan oleh kita.

“along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?

Kisah pagi tadi. Lepas habis check up ibu, dia nak singgah Aeon big nak beli barang dapur. Ayah pun baru ni lah keluar rumah sejaknya tak sihat hari tu.

Masa tunggu ibu tadi ayah cakap dia nak beli ayam, sebab nak suruh ibu masak lemak cili padi. Oklah, dah ambil ayam, sambil jalan nak ke kaunter bayaran, lalu tepi akuarium ikan keli hidup tu.

Saya dah perasan ayah jenguk-jenguk kedalam. Saya agak dah, ayah ni mesti nak beli. Tapi bila tanya dia mula2 cakap, tak nak lah sambil terus tolak troli kedepan.

Saya tau ayah ni dah tentu nak tu, cuma cam biasa dia akan drag dulu. Anak saya tau dah apa perlu buat, dia akan layan atoknya borak, dia tanya “atok nak ikan keli tu tak tok?”

“entah ye, boleh ke atok nak sekor?”

“boleh lah kot. Nanti kita tanya umi”

Anak datang pada saya yang sedang pilih bawang dengan ibu dan bercerita. Saya pergi pada ayah dan ayah tanya “along..along..ayah nak beli ikan keli boleh?”

Saya terus senyum angguk dan bawa ayah semula untuk pilih ikannya. Tersengeh-sengah dan gelak-gelak ayah bila budak bangla tu sauk dan lepaskan sebab salah ikan.

Saya suruh ambillah dua atau tiga ekor, ayah cakap cukuplah satu, ayah nak merasa je.

Allahu..

Kawan, Dulu waktu kita kecil dulu, tentu ada moment yang sama. Waktu tu, kita yang nak itu ini dan ayah ibulah yang kita buli melayan kerenah kita.

Hari ni dalam usia yang mencecah 83 tahun, ayah cuma mahukan perhatian dan lawan berbual. Makan pun tidak seberapa.

Kita belum tentu cecah usia itu. Tapi berikan saja kenangan indah-indah supaya dia gembira dan kita tidak rasa terkilan.

Kredit : Ummi Yahaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...