“Waktu Besar Baru Dia Cari, Saya Trauma Dengan Dia” – Cik B Kenang Kehidupan Tanpa Bapa Sejak Kecil

Trending

“Waktu Besar Baru Dia Cari, Saya Trauma Dengan Dia” – Cik B Kenang Kehidupan Tanpa Bapa Sejak Kecil

Seperti yang ramai ketahui, usahawan terkenal Dato Seri Vida merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya sendiri sejak kecil.

Salah seorang daripadanya, Cik B berkongsi tentang pengalamannya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa dan apakah kesan yang dilaluinya disebabkan itu.

Advertisement

 

Ibulah segalanya

Ujar Cik B, dia tidak lagi bersama bapanya sejak umurnya 3 tahun dan ibunya terpaksa menggalas tanggungjawab seorang diri. Disebabkan itulah dia sangat rapat dengan ibunya dan selesa untuk berkongsi segala macam hal dengan Dato Vida.

Mama ni dia pegang tanggungjawab ayah dalam keluarga saya. Jadi mama adalah saya punya ayah, mak, kakak dan besties. Memang saya anggap mak saya itu sebagai semua. Saya tak bersama ayah sejak kecil. Saya jumpa dia pun memang macam meminta.

dato seri vida dan anak waktu kecil

cik b waktu kecil

 

Dah besar baru ayah cari

Lebih menyedihkan, sudahlah membesar tanpa merasai kasih sayang bapa, lelaki itu pula hanya mula mencari dan menghubunginya ketika usianya sudah meningkat.

Tambahnya, dia ada menerima mesej daripada bapanya di media sosial namun akui tidak merasai apa-apa pertalian memandangkan lelaki itu tidak hadir dalam hidupnya sejak kecil.

Dia ada hantar dm dekat saya di Instagram. Tapi saya rasa macam orang akan cakap dia tetap ayah kita apalah…Tapi betul dia tetap ayah. Kalau berhubung memang tiada perbualan. Waktu besar baru dia cari. Saya rasa macam trauma dengan dia. Trauma dengan lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

cik b sambut hari bapa untuk vida
5 months ago

“Kenapa Father’s Day Untuk Mama? Sebab Cik B Takde Ayah” - Ramai Sebak Tonton Video DS Vida & Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...