Personaliti media sosial, Dr. Malar mencuri perhatian netizen selepas menegur kenyataan seorang individu yang menjadikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebagai ‘benchmark’ untuk menjadi seorang lelaki.
Menurut Dr. Malar atau nama penuhnya Malar Santhi Santherasegapan, penilaian itu terlalu awal untuk dibuat.
I will take Tun M & Datuk Seri Anwar Ibrahim 8 times a week and twice Sunday as a benchmark of how to treat their woman.
Im a fan of BASS too but nak jadikan benchmark tunggu depa kahwin dan hidup sekurang-kurangnya 10 tahun then baru boleh consider.
Tambahnya, cinta dan perkahwinan adalah dua perkara berbeza yang tidak boleh dijadikan ukuran secara mudah.
Cinta dengan kahwin adalah lain, waktu cinta memang kentut pun indah dan kahwin semuanya berkongsi baru reality will kick in.
Bagaimanapun, hasil tinjauan media mendapati Dr. Malar telah memadam hantaran berkenaan. Namun, netizen sempat menangkap layar dan kembali menyebarkannya di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan Dr. Malar.
Agree dengan Dr. Malar….BASS is nothing….semua laki boleh jadi Syed Saddiq, sebelum kawen.
Yup.. kita suka atau tak pada Tun M & DSAI, both of them can be a good role model on marriage.
I honestly agree with Dr Malar. Married and couples are two different worlds. I like BASS and hope the best for them.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.