Wakil Ahli Politik Minta Semula Barang Bantuan Daripada Keluarga Mangsa Kebakaran – “Masa Bagi Bantuan Dia Rakam..”

Kehidupan

Wakil Ahli Politik Minta Semula Barang Bantuan Daripada Keluarga Mangsa Kebakaran – “Masa Bagi Bantuan Dia Rakam..”

Baru-baru ini, melalui platform Threads, seorang gadis meluahkan rasa kecewa apabila ibunya yang sebelum ini menerima bantuan peti sejuk serta tikar getah susulan rumah alami insiden kebakaran perlu memulangkan barang-barang itu semula.

Wakil ahli politik nak ambil semula barang bantuan

Sudah semestinya dia terkedu dengan tindakan tersebut, malah merasakan alasan individu yang mahu mengambil semula barang-barang itu sama sekali tidak masuk dek akal.

Advertisement

Mak bagitahu “sebab mak bukan dari parti yg beri bantuan tu”..

Difahamkan, pada Oktober tahun lalu, rumah mereka terbakar akibat litar pintas dan disebabkan itu, mereka telah menerima bantuan daripada sebuah parti politik yang mengetahui tentang kejadian tersebut.

ahli politik ambil semula barang bantuan daripada mangsa

Dia bagitahu dia nak datang ambil balik bantuan yg dia dah kasi tu sebab awal bulan 5 mak dilantik sebagai biro untuk parti lain. Bantuan memang pilih parti ke?

‘Masa bagi bantuan dia rakam..’

Namun begitu, gadis berkenaan berkata sehingga kini wakil ahli politik itu masih belum memberi jawapan bila mahu mengambil tetapi dia berada dalam keadaan bersedia jika mereka mahu mengambil barang-barang tersebut dalam masa terdekat.

ahli politik ambil semula barang bantuan daripada mangsa

Lepastu mak cakap boleh nak datang, tapi mak nak orang yang sama juga datang ambil, taknak wakil wakil atau PA, masa bagi bantuan dia rakam, jadi masa dia ambil balik bantuan tu kita pun nak rakam juga.

Walaupun berasa kesal dengan tindakan parti berkenaan, gadis ini enggan mendedahkan nama parti tersebut dan memilih untuk merahsiakan kerana merasakan ia bukan berpunca daripada parti berkenaan tetapi individu itu sendiri.

2 hours ago

Gara-Gara Lupa Kunci Kereta, Dompet Lesap Dicuri Lelaki Tidak Dikenali - "Tak Sampai 5 Minit Tau Masuk Kedai.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...