Wakaf Masjid Dana Akhirat 6 Sekeluarga Mangsa MH17

Kehidupan

Wakaf Masjid Dana Akhirat 6 Sekeluarga Mangsa MH17

Wang pampasan untuk waris enam sekeluarga yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 empat tahun lalu dimanfaatkan oleh keluarganya untuk mewakafkan sebuah masjid baru yang di bina di Kuching Sarawak kepada umat Islam.

Dipetik Dari Berita Harian, Pada malam kelapan Ramadan, Masjid Al-Ghazali di Jalan Depo, Petra Jaya telah dibuka dan membawa makna tersendiri kepada waris enam sekeluarga dari bandar raya ini yang terkorban.

Advertisement

Masjid berkenaan yang menampilkan reka bentuk Islamik moden turut dilengkapi ruang solat jemaah wanita, blok tandas, tempat wuduk, bilik pejabat dan ruang parkir kenderaan dan memiliki kapasiti 450 jemaah.

Waris terdekat mencapai persetujuan bersama agar wang pampasan dimanfaatkan bagi tujuan wakaf, termasuk bagi membiayai kos pembinaan masjid baharu ini.

Diharapkan wakaf ikhlas ini dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga. Semoga Allah merahmati keluarga ini.

Pembukaan masjid ini sempena Ramadan cukup simbolik kerana tragedi ini mencatat sejarah hitam dalam industri penerbangan dunia, berlaku pada 17 Julai 2014 bersamaan hari ke-19 umat Islam berpuasa.

Dalam kejadian 4 tahun lepas, jurutera petroleum, Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13, terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, Timur Ukraine.

Ketika kejadian, Tambi sekeluarga yang berasal dari bandar raya ini dalam penerbangan pulang dari Astana melalui Amsterdam untuk meraikan Aidilfitri di tanah air, seterusnya berpindah tugas ke Kuala Lumpur selepas menamatkan perkhidmatannya selama tiga tahun di Shell Kazakhstan.

Tragedi itu turut mengorbankan 292 penumpang dan anak kapal lain penerbangan itu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...