September 11th, 2014

Amboi Wak Doyok. Ayat mengorat tahap tertinggi nie. Hehehe. Abang Nara faham kalau Wak Doyok minat kat Elfira Loy. Itu perkara biasa. Elfira Loy memang comel orangnya. Sebagai seorang lelaki, kita memang mudah jatuh hati dan meminati seseorang yang secomel Elfira Loy. Jadi tak boleh salahkan Wak Doyok kalau dia cuba try memikat Elfira Loy.
wak doyok

Namun jangan salah sangka usikan Wak Doyok itu hanya sekadar gurau-gurauan je. Wak Doyok meminati Elfira Loy seperti seorang peminat meminati seorang artis. Kata Wak Doyok:-

Minat artis, apa salahnya. Tak ada apa pun antara kami. Dia cantik dan saya pernah bekerjasama dengannya untuk drama Kelas 601 dan mempromosikan jenama Pizza Hut di laman media sosial.

Insya-Allah selepas ini berkemungkinan akan ada lagi kerjasama membabitkan saya dengannya. Saya suka menyakat dia. Lagipun dia masih budak lagi. Saya selalu usik keningnya dengan kumis saya macam sama

elfira loy

Gosip yang Wak Doyok meminati Elfira Loy ini mula timbul apabila Elfira memuat naik gambar secara rambang dan tertera perkataan If I Stay. Selang beberapa minit kemudian, Wak Doyok pula memuat naik gambarnya berserta keterangan gambar mahu mengucapkan selamat malam kepada puterinya. Di hujung ucapan itu, turut tertera tulisan If I Stay seperti mana yang ditulis Elfira. Ehem, ehem, adakah sesi pengoratan sedang dilakukan oleh Wak Doyok? Namun Elfira Loy memaklumkan yang dia tidak merasai apa-apa dengan perbuatan Wak Doyok itu. Kata Elfira.

Saya tak ada rasa apa-apa. Suka hati dialah. Tapi kalau ditanya ada apa-apa antara kami, jawapannya jelas memang tak ada hubungan cinta. Apa jua yang mungkin orang fikir atau tanggapan dia, saya memang tak tahu apa-apa.

Ia tak memberi kesan kepada saya. Jadi saya tak perlu peduli semua ini. Kalau nak tanya apa tujuan dia buat begitu, kena tanya dia sendiri. Selagi ia tak mengganggu perjalanan kerjaya seni saya dan diri, saya okey.

wak doyok

Hmmmmmm. Tak apa Wak Doyok jangan mudah berputus asa. Kalau minat lebih dari seorang peminat kepada seorang artis pun tak ada salahnya. Itu naluri seorang manusia. Perlahan-lahan cubalah memenangi hati Elfira Loy. Perempuan ini macam kerak. Lama-lama lembutlah kalau dipayungi ayat-ayat power. Berusahalah Wak Doyok!!! Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...