Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Wak Doyok Mohon Maaf Salah Guna Lambang Diraja Johor

wak doyok cincin lambang diraja johor

Sejak semalam kecoh diperkatakan di media sosial gara-gara sebentuk cincin yang dikaitkan dengan personaliti fesyen, Wak Doyok.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Advertisement

Semuanya bermula selepas, Tunku Temenggong Johor iaitu Tunku Idris memuat naik foto yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor. Baginda mempersoalkan apakah tujuan Wak Doyok menempah cincin tersebut dengan ukiran lambang diraja Johor.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Menurut baginda, Wak Doyok perlu tampil menjelaskan perkara ini kerana ianya jelas telah melanggar undang-undang. Pesalah yang menggunakan lambang diraja bagi tujuan peribadi boleh dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang.

Wak Doyok mohon maaf

Advertisement

wak doyok cincin lambang diraja johor

Terbaru, menerusi akaun Instagramnya Wak Doyok tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan kesilapannya menyalahgunakan lambang peribadi Sultan Johor.

Jelasnya, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol diraja. Dia menyesali kesilapan yang tidak disengajakan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

wak doyok cincin lambang diraja johor

Untuk makluman anda, mana-mana individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaaan atau persendirian tanpa kebenaran DYMM Sultan Johor adalah satu kesalahan yang besar. Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tikda melebihi lima tahun.

Sumber Berita : Kerajaan Negeri Johor

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Zarina Zainoordin

    April 29, 2020 at 7:51 pm

    AKU SEBAGAI ANAK JOHOR AKAN MAAFKAN WAK DOYOK. LAIN KALI JANGAN BUAT BENDA YANG SAMA MACAM INI. KALAU BENDERA MALAYSIA BOLEH LA. LAMBANG DIRAJA JOHOR ATAU MANA-MANA NEGERI JANGAN.

  2. Wak Bongok

    April 29, 2020 at 1:57 pm

    Kami rakyat malaysia menyeru wak doyok supaya mengambil tempat Long Tiger dan membuat kabel ngan Tok Singa dan juga Pok Unta demi negara tercinta

Loading...
To Top