Usahawan dan juga ikon fesyen terkenal, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor tampil meluahkan rasa teruja apabila telah dipilih menjadi duta kepada syarikat broker global, OctaFX.
Difahamkan juga selain Wak Doyok, pelakon Fizo Omar turut terpilih menjadi syarikat pelaburan berkenaan.
Kegembiraan Wak Doyok itu turut dikongsi menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Katanya, dia berbesar hati kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk menjadi duta dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi kepada pengikut mengenai cara untuk berjaya dalam syarikat tersebut.
Meskipun begitu, ada juga sesetengah netizen yang prihatin dan menegur Wak kerana hukum menjalankan pelaburan menerusi pertukaran wang asing atau lebih dikenali sebagai forex ini adalah haram kerana melibatkan harta ribawi, mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.
Namun begitu, tiada respon atau jawapan balas diberikan Wak Doyok berhubung persoalan peminat yang diajukan kepadanya.